Skip to main content

Bakar Kemenyan, Benarkah Ia Bid'ah Yang Dilarang?

Bakar Kemenyan, Benarkah Ia Bid'ah Yang Dilarang? - Selalu kita lihat setengah rumah orang melayu membakar kemenyan. Tidak kurang juga kemenyan digunakan dalam pertobatan tradisional.

Dan mungkin kita pernah jumpa dimana dibakar kemenyan didalam masjid atau surau.

Kemenyan berasal dari sejenis getah yang diambil dari pokok.

Apabila dibakar ia akan mengeluarkan bau yang wangi sebagaimana gaharu atau setanggi.

Untuk mengetahui jawapannya adakah harus atau haram menggunakan kemenyan kita lihat dalil berikut. Antaranya :

Daripada Abu Sufyan dari pada Jabir r.a. katanya :

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِذَا أَجْمَرْتُمُ الْمَيِّتَ، فَأَجْمِرُوهُ ثَلَاثًا

Artinya : "Telah bersabda olih Rasulullah saw : Apabila kamu membakar kemenyan untuk mayat kamu maka bakarlah tiga kali." (Hadith Imam Ahmad)

Daripada Nafi’ r.a. beliau telah berkata :

كَانَ ابْنُ عُمَرَ إِذَا اسْتَجْمَرَ اسْتَجْمَرَ بِالْأَلُوَّةِ، غَيْرَ مُطَرَّاةٍ وَبِكَافُورٍ، يَطْرَحُهُ مَعَ الْأَلُوَّةِ ثُمَّ قَالَ هَكَذَا كَانَ يَسْتَجْمِرُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Artinya : Ibnu Umar r.a. apabila ingin berwangi maka dia akan berwangi dengan kemenyan dengan tidak dihaluskan dia. Dan ada juga dia berwangi dengan gaharu yang dicampur dengan kemenyan. Kata Ibnu Umar r.a. : "Adalah dulu Rasulullah saw berwangi dengan cara begini." (Hadith Muslim)


Berkata Imam Nawawi :

قال بعض أصحابنا ويستحب أن يبخر عند الميت من حين يموت لانه ربما ظهر منه شئ فيغلبه رائحة البخور

Artinya : Para ashab Imam Syafie berkata : "Sesungguhnya disunnahkan membakar dupa (berisi gaharu atau kemenyan) berdekatan mayat (dari saat matinya) kerana terkadang ada sesuatu bau yang muncul maka bau wangi dari kemenyan akan menutup bau tersebut".(Al-Majmu’ Syarah Muhazzab)

Menyebut Imam Suyuthi : Imam Muthrif bercerita :

وتطيب ولبس ثيابا جددا وتعمم ووضع على رأسه الطويلة وتلقى له المنصة  فيخرج اليهم وعليه الخشوع ويوضع عود فلا يزال يتبخر حتى يفرغ من حديث رسول الله صلى

الله عليه وسلم

artinya : "Lalu Imam Malik pun memakai minyak wangi dan memakai baju yang cantik kemudian memakai serban dan kain panjang atas kepalanya. Dan meletakkan umpama pelantar kecil maka keluar kepada orang-orang dalam keadaan khusyuk kemudian beliau membakar wangian yang berkekalan hingga selesai daripada membaca hadith Rasulullah saw." (Kitab Tanwirulhawalik Syarah Muwattha')

Dari keterangan di atas dapat diketahui bahawa membakar kemenyan untuk mendapatkan baunya yang wangi adalah elok bahkan disunatkan.

Sunat dibakar kemenyan atau menggunakan wangian-wangian yang lain didalam rumah dengan tujuan mewangikan rumah atau mewangikan tempat ibadah atau mewangikan majlis.

Ia diamalkan dari zaman salafus solih sampai ke masa sekarang.

Wallahua'lam